بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

6.11.10

Tutorial |minta selalu-vector



Assalamualaikum..
tutorial kali ini ialah cara nak buat vector dari gambar jpeg. 
beza vector dan jpeg biasa ialah vector berasaskan kepada shape yang bila zoom in tidak akan blur dan pecah, hasilnya lebih sharp dan cantik.(bila siap save jpeg dah x jadi vector dah ^^) 
antara tool yang penting untuk dikuasai ialah pen tool dan nak pandai guna pen tool ni kena mujahadah yang tinggi dan try and error! asalkan ada kemahuan mesti boleh pandai punya kan..

baiklah kita tengok hasil dulu: 




tutorialnya:


tekan dan save (maaf saiz agak besar)

wa akhiran download wallpaper sini

18.10.10

Tutorial| A L O N E ?...think again.




وَهُوَ مَعَكُمْ أَيْنَمَا كُنْتُمْالحديد4

asalnya ikut  tutorial kat sini (how to create wallpaper windows se7en)

tambah  detail sikit kat lantai pakai scratched-texture (download size besar sini) dan underwater sini

yang scratched blend mode: linear dodge (free transform-perspective/distort untuk texture kawasan lantai)
underwater blend mode:overlay (opacity :50) ^^
craked floor juga free trasform-distort set blend mode :multiply(agar kawasan putih hilang dan warna hitam yang timbul..)

ni tutorial buat buih sebab kat link atas tu dia tak terang..boleh try buat..


                              



download wallpaper sini


ayat Al-Quran di atas bermaksud" bahawa Allah itu sentiasa bersama kamu (ilmu dan pengetahuannya) di mana jua kau berada..moga terjaga sikit akhlaq bila wallpaper yang mengingatkan kita bahawa kita tak pernah keseorangan..

teringat bila sebut ayat tadi dari surah Al-Hadid (besi) ayat 25 yang bercerita berkenaan asal besi..

وَأَنْزَلْنَا الْحَدِيدَ فِيهِ بَأْسٌ شَدِيدٌ وَمَنَافِعُ لِلنَّاسِالحديد:25
ayat yang bermaksud "dan kami turun besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia'

nyata sekali logam atau besi datang dari luar bumi selepas kajian dibuat.. nyata meteor yang melanggar bumi padat dengan unsur besi..lalu terbenam ke dasar bumi,
SUBHANALLAH!ALLAHU AKBAR!

17.10.10

Tutorial| craked floor..(vector)





tutorial nya:
-untuk mereka yang baru nak kenal pen tool digalakkan untuk search tutorial pen tool
kat utube banyak,,boleh blaja situ..tak reti nak terang kat sini,kena tengok video baru terang.. ^^

klik dan save..kena buka kat PC baru boleh ZOOM IN..

25.9.10

we are all same..but!




Debu tanah pantas naik ke langit ,terik padang pasir sesekali membias bayangan tasik dari kejauhan..
Fatamorgana yang menipu musafir yang kehausan, sesusuk tubuh gagah kelihatan dari jauh
Memacu kudanya mendekat ke istana Rustum raja Parsi, dengan yakin dan
Berani beliau sebagai juru bicara mewakili orang islam setelah perperangan
Yang hebat antara orang islam dan parsi akhirnya Rustum si raja Parsi mengutus undangan
Untuk meminta perdamaian antara dua pihak. Lantas undangan tersebut sampai kepada sahabat al-jalil
Said bin abi waqas ra dan terus mengarahkan ketua tentera rubi’e bin a’mr ra untuk mewakili suara dari
orang islam. Tanpa pengiring beliau terus memecut ke istana Rustum. Sendirian ke kubu musuh seakan
melamar maut namun rubi’e bukan seorang penakut.

“turun! Turun kau dari tunggangan kau! biadap” jerkah penjaga pintu istana rustum bila rubi’e terus
Menaiki kudanya memijak permaidani kebesaran parsi masuk ke dada istana.

“aku sendiri tidak mahu datang untuk bertemu kamu,bahkan kamu yang mempelawa aku kemari..jika
Kau tak berkenan aku akan pulang ” balas beliau dengan penuh izzah (megah) dari atas kudanya sambil
Berjalan memijak permaidani istana. Akhirnya pegawai tersebut akur..ada urusan yang lebih besar dari
Nilai permaidani ini walaupun hatinya membuak-buak kemarahan benci beliau makin bertambah.
Tatkala sampai di depan rustum beliau terus menyeru beliau untuk masuk islam atau pilihan kedua
Membayar jizyah jika tidak keduanya maka ketiga adalah perang. Beliau terus menyambung ucapan
Dengan penuh berani yakin dan megah seraya berkata

“wahai pembesar sekelian sesungguhnya Allah telah mengutuskan kami untuk mengeluarkan hamba dari
Menyembah sesama hamba kepada menyembah rabbi I’bad tuhan sekelian hamba..
Daripada kezaliman anutan agama kepada keadilan islam dan daripada sempit dunia kepada kehidupan
Akhirat yang luas”

Kisah itu masih terbayang di benak kepala, sungguh islam telah mengangkat bangsa arab yang tengelam dalam
Lumpur kejahilan sedang dua tamadun besar sedang membina empayar..bangsa yang membunuh anak perempuan,Buta huruf dan paling tidak mendapat harga untuk dinilai oleh rom atau parsi, dengan tahta islam maka lahirnya susuk manusia bergelar rubi’e bin a’mr yang merdeka jiwa dan megah di depan musuh hanya bertunjangkan islam sebagai akidahnya.

Izzah untuk apa?

Izzah dengan maksud Kemulian dan jauh dari sempadan kehinaan dan kejelikan,sedang Allah menyeru kita menjadi mulia dan tidak tunduk hina sesama manusia, kepatuhan dan tunduk merendah diri hanya semata kepada Allah lantas
Muslim itu bangga dan megah dengan agama dan tuhannya. Terus memburu kemegahan dengan mengharap
Redha Allah swt.
Telah dinukilkan : barang siapa mencari kemegahan selain dengan ketaatan kepada Allah kelak akan dihinakan oleh Allah.

Tidak lengkap tanpa aku ungkapkan kembali kalam masyhur dari Al-faruq saidina umar al-khattab
“كنا أذلاء، فأعزنا الله بالإسلام، فإن ابتغينا العزة في غيره أذلنا الله.”

Kita dahulunya amat hina,kemudian dimuliakan oleh Allah dengan Islam..ingatlah barang siapa mencari kemuliaan selainnya maka kelak akan dihinakan oleh Allah.

Menelusuri sirah yang terlukis penuh dengan kisah dan ibrah saat islam berputik kembali (islam agama sekelian rasul ) ditanah mekah dari wahyu langit turun ke dada manusia agung memancar islam hingga terbina daulah islam di madinah.
Rasul khatimul ambiya-penutup kenabian- yang diidam bangsa yahudi dan sering diucapkan bila bertemu dengan arab madinah yang kelak akan lahir dan kaum yahudi akan kembali izzah mereka sebagai mana yang terakam dalam taurat yang mereka imani,
namun rencana Allah tidak menurut apa yang ingini oleh kaum yang mashyur membunuh rasul dan nabi tersebut.
   khatimul ambiya dimahkotakan dari bangsa arab yang bersusur galur dari nabi ismail bin Ibrahim (dari baginda lahirnya kaum arab) bukan dari ishak bin Ibrahim (darinya lahir kaum yahudi dan banyak rasul lahir dari susur galur ini) hanya Nabi Muhammad satu-satunya lahir dari salasilah nabi ismail.

Islam kian teguh dan membesar jaringan membuka negeri dan menyebar risalah islam, kaum arab turut menumpang tuah dan bahasa mereka mula dipelajari antara yang utama ialah turunnya Al-Quran diabadikan dalam bahasa arab sebagai bahasa agama.
Bangsa A’jam (selain arab) mula mempelajari bahasa mereka. Sunnah rasul yang terakam dalam kitab-kitab hadis yang berjumlah puluh ratus ribu dipindah dari generasi ke generasi dan dihafal oleh sekian banyak rijal hadis(perawi).

Islam umpama mahkota singgahsana,siapa yang mendapat dialah yang mulia..

Tanya diri untungkah islam mendapat umat seperti aku?

Atau aku yang beruntung mendapat islam sebagai anutan ku?..

Seraya terngiang lirik dari Soldiers Of Allah

“if we don’t not work for islam..Allah swt will replace us with the generation that love him more than us,fear him more than us..and will bring back islam to this world”-(pakai tulis ni..betul tidak ejanya ^^)

Izzah bangsa Arab mula ditelanjang oleh kuffar dan zionis,sehingga saudara sebangsa di Palestine diganyang lumat masih berlutut tunduk kepada Israel, jika president amerika membuat ucapan misi kali ini ialah menbasmi terrorist di gaza dan dianggarkan 100 ribu arab dan Julia robert akan terkorban lalu berpusu-pusu wartawan akan bertanya kenapa Julia Robert si artis itu turut terkorban?..lalu jawab mr pres “haa..tengok tak ada sorang pun yang peduli jumlah arab yang mati..” bila mencari izzah selain islam maka akan hina lah akhirnya..itu janji tuhan dan kita telah saksikannya..




download wallpaper n profile FB sini

kesamaan itu

   siapa jua layak dan punya jalan untuk  tampil memakai mahkota kemuliaan islam,tidak terhenti atas bangsa Arab atau keturunan.islam untuk semua...islam for all itulah selayaknya.
melihat ke negara ku yang tercinta, Malaysia yang islam agama rasminya,yang melayu itu bila beragama islam kononnya..islam seakan hak pusaka bangsa,hingga bangsa lain ditakut-takutkan dengannya..
lupakah kita sejarah islam sampai dahulu ke tanah besar China sebelum Melaka?..





usahlah diturut sangat bangsa..bersatulah atas tali islam kelak ianya akan mengikat saudara semua bangsa..

islam dulu lagi mengariskan konsep “musawah” persamaan hak antara manusia ianya tidak terkongkong batas bangsa,ras atau kasta juga mulia hina kaya juga kedana..

jika kacak menjadi kayu pengukur sayang tuhan rasanya tidak adil kepada yang “kurang berwajah”..

jika kaya itu tanda tuhan sayang rasanya tidak adil kepada yang miskin papa namun kerja keras perah keringat untuk sesuap nasi.
namun hati nya cukup “kaya ” untuk meminta-minta..

jika yang muda-muda,sihat-segar bugar itu tanda tuhan lebih sayang bagaimana pula si tua yang saban hari memenuhkan saf solat subuh..kemana pula tempat si sabar yang sakit terlantar di katil rumah sakit?

sungguh kayu ukur itu manusia yang lemah selalu menggunakannya..menilai manusia dan menghukum..lalu dabik dada rasa dia hebat..bila melihat orang yang kurang darinya.

kasih sayang Allah tumpah kepada semua,yang miskin kaya cacat atau sempurna…
melimpah sayang tuhan diutuskan kepada kita rasul pelengkap nikmat akal agar kita padu dan terpandu arah hidup ke negara akhirat..

ya kasih sayang Allah tidak hanya di dunia sementara sebagai mana selalu lafazkan

“dengan nama Allah yang maha pemurah lagi maha penyayang”

sayang ayah walau bagaimana hebat kelak diakhirat bisa jadi musuh sengketa..
sayang kekasih walau romantik macam mana pun kelak di depan Allah masing-masing menghujum salah tak mengaku setiap dosa bersama..itulah hari yang mengubah kekasih menjadi musuh nyata..dan hari itulah terbitnya kekasih sebenar..

sayang tuhan ini menjangkau ke negara akhirat..
disanalah bukti kekasih sebenar akan dibongkar..
dan kayu pengukur bukan bangsa atau darjat kebesaran..

ianya terletak di hati sebagai mana sabda Rasul
“attaqwa ha-huna “3x

taqwa itu disini! sambil menunjukan ke dada baginda yang mulia..

lalu kerap kali telinga ini diterjah ayat semisal:

“alah I tahu la,walaupun tak tutup aurat,tapi niat kita bukan nak menunjuk-nunjuk..selagi hati kita baik tak salah kan” jawab artis dengan muka serius semasa diterjah soalan panas seusai dari konsert amal untuk palestine yang diganyang israel..

kerap juga diluah dan dicetak besar-besar di dada akhbar
“walaupun saya tak tutup aurat tapi saya tak ganggu life you all..macamlah semua yang bertudung litup tu baik sangat”..
respon yang bukan sekali didenngar sehingga awek-awek muda sudah senang zikirkannya..

lalu mari kita tanya kembali, apakah TAQWA itu?

-peace-

18.9.10

BERKAT dari langit dan bumi yang diSEKAT





hak tak perlu diminta...tapi bila hak kita dirampas,mati kita mempertahankannya akan beroleh syurga..hak itu pada yang berhak. Ya Allah berilah hak kami..

7.9.10

pakaikan aku selalu



يَا بَنِي آدَمَ قَدْ أَنزَلْنَا عَلَيْكُمْ لِبَاسًا يُوَارِي سَوْآتِكُمْ وَرِيشًا وَلِبَاسُ التَّقْوَى ذَلِكَ خَيْرٌ ذَلِكَ مِنْ آيَاتِ اللَّهِ لَعَلَّهُمْ يَذَّكَّرُونَ


26. Hai anak Adam, sesungguhnya Kami telah menurunkan kepadamu pakaian untuk menutup auratmu dan pakaian indah untuk perhiasan. Dan pakaian takwa itulah yang paling baik. Yang demikian itu adalah sebahagian dari tanda-tanda kekuasaan Allah, mudah-mudahan mereka selalu ingat.

tujuan puasa itu hakikatnya ??

 
كُتِبَ عَلَيْكُمُ الصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى الَّذِينَ مِن قَبْلِكُمْ لَعَلَّكُمْ تَتَّقُونَ 
  Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa,  Al-Baqarah 183.






-peace-
salam 1syawal dari ardil kinanah!

1.9.10

kerana masih ada

idea datang bila tengok poster kat masjid..kira jadi la ni hahaha
 بارك اللهم لنا فى شهر رمضان
dignify us dear Allah in the month of Ramadhan..amin
.
siap ada gambar tok guru lagi..

30.8.10

yang satu itu


Link untuk download :
1204×768 (Normal)
1280×960 (Wide Screen)
1366×768
testi @ e-kad


“Allahumma innaka 3′fuwwun kareem tuhibbul 3′fwa, fa’ fuanna..”
sebagai mana yang diajar oleh Baginda Rasul Muhammad S.A.W kepada Ummul mu’minin saidatina Aisyah A.I dalam hadis yang berbunyi..

فقد سألت عائشة رضي الله عنها النبي صلى الله عليه وسلم: (أَرَأَيْتَ إِنْ عَلِمْتُ أَيُّ لَيْلَةٍ لَيْلَةُ الْقَدْرِ مَا أَقُولُ فِيهَا قَالَ قُولِي اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي) رواه الترمذي وابن ماجة (صحيح)

telah disoal oleh beliau oleh Nabi “mahukah aku ajarkan kepadamu pada malam Al-Qadr apa yang yang kau patut sebut?..katakanlah wahai Aisyah”

 اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

hadith riwayat tirmizi dan ibn majah.-soheh-

semoga kita termasuk dalam orang yang mendirikan malam Al-Qadr..
maksud mendirikan malam tidak hanya bertahajjud sahaja..segala ibadat yang kita buat ,doa,membaca Al-Qur’an dari azan isya hingga waktu sahur..

(مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ ) رواه الشيخان

sebagai mana Sabda Rasul golongan yang mendirikan malam ramadhan..:
“barang siapa yang mendirikan ramadhan iman dan mengharap pahala dari Allah diampunkan segala dosa-dosa nya yang lalu ”
dan akhirnya kita tidak termasuk golongan yang rugi teramat rugi..siapakah mereka?

قال الصحابة”خاب وخسر يا رسول الله,من هو؟” قال “من ادرك رمضان ولم يغفر له”

bertanya sahabat R.A kepada Baginda Rasul :
sia-sia dan rugi ya rasul? siapa kah mereka itu??
lalu Baginda Rasul menjawab: siapa yang melalui bulan Ramadhan namun dia tidak mendapat keampunan..
bersamalah kita amalkan serta zikirkan doa diatas..moga kita tidak kerugian dunia dan akhirat

....

Di sini(mesir) ayat "ramadhan kareem" "Allahu Akram" selalu sangat dengar,jika bukan kita yang sebut adalah arab sapa..
tanya Ust Thoriq (ustaz kat Markaz Nil) apa maksud ayat ramadhan kareem tuh..
katanya kareem tu lawanya bakhil gitu,bulan yang begitu banyak kelebihan kabaikan dan pahala macam orang yang pemurah yang tidak habis habis membuka tangan untuk memberi..
"ooo keyda" kataku sambil anguk kepala.."Allahu Akram! leh" tanya ku lagi sebab ust dak jawab abih, katanya kan akram tu "tafdhil" macam kaber->akbar (besar->amat besar) begitulah bulan puasa yang amat banyak kelebihan dan keampunan sehingga bersusun-susun hadith yang berbicara pasal kelebihan ramadhan dan keampunan..namun terus kita menjawab "Allahu Akram" Allahu itu yang terlebih-lebih lagi pemurah dan segalanya..supaya kita ingat yang layak dan memberi segala kelebihan dalam Ramadhan itu hanya Allah S.W.T sahaja"
"syukran..jazakallah" terus aku ucap terima kasih atas penerangan tadi, kalau diperhatikan gaya arab memang banyak berdoa dalam cakap mereka..bila talefon mesti 2 minit duk berbalas doa,kemudian baru cakap tujuan telefon..

"Antum Kuroma'" (kamu semua pemurah blaka)tersentak dari khayal..eh kenapa ustaz ni,tetiba je cakap gitu..terus tanya ahmad sebelah budak China yang tersengih-sengih.."ustaz tanya sapa yang nak jemput dia berbuka rumah dia..tak ada orang jawab semua diam je" sekali kena perli ngan ustaz hahah..
"kami semua makan maidah rahman je ust.jemput la datang kat masjid ke hadiqoh(taman) ke heheh"
haha..ust sambung ketawa..


-peace-

link tutorial:

24.8.10

kuatkan lagi!



aku mahu kuat menahan!

11.6.10

have you heard?





test install ili cool (software bawah seliaan iluvislam team programmer-salute lah design diorang)

fungsinya untuk notify sebarang update dari semua sub domain (forum,design-testi -wallpaper-etc) iluvislam..dan dia akan keluar kat hujung bawah dengan variasi colour yang ceria fuuuh smart.
dan hanya klik anda terus ke site tersebut tanpa susah search lagi. very friendly..

macam yang atas tu update dari sub wallpaper dan notify itu akan muncul dan insyaAllah anda tak ketinggalan bila ada update terbaru hanya klik dan siap!
siap ada effect ocean ripple lagi bila klik..smart!
download & how to install baca sini:


jom pakat install tak rugi !


download wallpaper sini:

idea asal dari video zain bikha -have you heard






versi ekad:

2.6.10

sepak judi laju-laju







{ يَٰأَيُّهَا ٱلَّذِينَ آمَنُواْ إِنَّمَا ٱلْخَمْرُ وَٱلْمَيْسِرُ وَٱلأَنصَابُ وَٱلأَزْلاَمُ رِجْسٌ مِّنْ عَمَلِ ٱلشَّيْطَانِ فَٱجْتَنِبُوهُ لَعَلَّكُمْ تُفْلِحُونَ }
 Hai orang-orang yang beriman, sesungguhnya (meminum) khamar, berjudi, (berkorban untuk) berhala, mengundi nasib dengan panah, adalah termasuk perbuatan syaitan. Maka jauhilah perbuatan-perbuatan itu agar kamu mendapat keberuntungan -almaidah-ayat 90

kita ada NAJIS, kita ada RIJS..
yang luar,tahi lembu.tahi ayam kita panggil NAJIS,
yang dalam kotor kita panggil dosa ni RIJS

kerana arak itu sendiri bukan najis tetapi perbuatan meminum arak itu yang RIJS-haram [rujuk sini]
nah kiaslah pada permainan snooker dalam bar kelab malam tu,pastinya yang haram itu bertaruh kalah menang bukan permainan jolok bola itu.judi bola pun sifirnya sama..

lafaz RIJS itu sifatnya mustarak -berbilang maksud Kalimat/perkataan ini memiliki pengertian yang sangat banyak. Di antaranya adalah kotoran, suatu yang diharamkan, keburukan, siksa/azab, laknat, kufur, kejahatan, dosa, majis, dan lain-lain. (Rujuk: an-Nihayah, Ibnul Atsir, Lisanul ‘Arab dan Mukhtarus Sohihah, juga kitab-kitab tafsir)



p/s: test manga studio edit kartun.speed line n fokus line tu antara filter yang best. masih explore lagi.

24.5.10

rentap

15.1.10

taburkan seniku!


semampunya!




UPDATE!
(16/1/10)



 

Followers