بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

30.8.10

yang satu itu


Link untuk download :
1204×768 (Normal)
1280×960 (Wide Screen)
1366×768
testi @ e-kad


“Allahumma innaka 3′fuwwun kareem tuhibbul 3′fwa, fa’ fuanna..”
sebagai mana yang diajar oleh Baginda Rasul Muhammad S.A.W kepada Ummul mu’minin saidatina Aisyah A.I dalam hadis yang berbunyi..

فقد سألت عائشة رضي الله عنها النبي صلى الله عليه وسلم: (أَرَأَيْتَ إِنْ عَلِمْتُ أَيُّ لَيْلَةٍ لَيْلَةُ الْقَدْرِ مَا أَقُولُ فِيهَا قَالَ قُولِي اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي) رواه الترمذي وابن ماجة (صحيح)

telah disoal oleh beliau oleh Nabi “mahukah aku ajarkan kepadamu pada malam Al-Qadr apa yang yang kau patut sebut?..katakanlah wahai Aisyah”

 اللَّهُمَّ إِنَّكَ عُفُوٌّ كَرِيمٌ تُحِبُّ الْعَفْوَ فَاعْفُ عَنِّي

hadith riwayat tirmizi dan ibn majah.-soheh-

semoga kita termasuk dalam orang yang mendirikan malam Al-Qadr..
maksud mendirikan malam tidak hanya bertahajjud sahaja..segala ibadat yang kita buat ,doa,membaca Al-Qur’an dari azan isya hingga waktu sahur..

(مَنْ قَامَ رَمَضَانَ إِيمَانًا وَاحْتِسَابًا غُفِرَ لَهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِهِ ) رواه الشيخان

sebagai mana Sabda Rasul golongan yang mendirikan malam ramadhan..:
“barang siapa yang mendirikan ramadhan iman dan mengharap pahala dari Allah diampunkan segala dosa-dosa nya yang lalu ”
dan akhirnya kita tidak termasuk golongan yang rugi teramat rugi..siapakah mereka?

قال الصحابة”خاب وخسر يا رسول الله,من هو؟” قال “من ادرك رمضان ولم يغفر له”

bertanya sahabat R.A kepada Baginda Rasul :
sia-sia dan rugi ya rasul? siapa kah mereka itu??
lalu Baginda Rasul menjawab: siapa yang melalui bulan Ramadhan namun dia tidak mendapat keampunan..
bersamalah kita amalkan serta zikirkan doa diatas..moga kita tidak kerugian dunia dan akhirat

....

Di sini(mesir) ayat "ramadhan kareem" "Allahu Akram" selalu sangat dengar,jika bukan kita yang sebut adalah arab sapa..
tanya Ust Thoriq (ustaz kat Markaz Nil) apa maksud ayat ramadhan kareem tuh..
katanya kareem tu lawanya bakhil gitu,bulan yang begitu banyak kelebihan kabaikan dan pahala macam orang yang pemurah yang tidak habis habis membuka tangan untuk memberi..
"ooo keyda" kataku sambil anguk kepala.."Allahu Akram! leh" tanya ku lagi sebab ust dak jawab abih, katanya kan akram tu "tafdhil" macam kaber->akbar (besar->amat besar) begitulah bulan puasa yang amat banyak kelebihan dan keampunan sehingga bersusun-susun hadith yang berbicara pasal kelebihan ramadhan dan keampunan..namun terus kita menjawab "Allahu Akram" Allahu itu yang terlebih-lebih lagi pemurah dan segalanya..supaya kita ingat yang layak dan memberi segala kelebihan dalam Ramadhan itu hanya Allah S.W.T sahaja"
"syukran..jazakallah" terus aku ucap terima kasih atas penerangan tadi, kalau diperhatikan gaya arab memang banyak berdoa dalam cakap mereka..bila talefon mesti 2 minit duk berbalas doa,kemudian baru cakap tujuan telefon..

"Antum Kuroma'" (kamu semua pemurah blaka)tersentak dari khayal..eh kenapa ustaz ni,tetiba je cakap gitu..terus tanya ahmad sebelah budak China yang tersengih-sengih.."ustaz tanya sapa yang nak jemput dia berbuka rumah dia..tak ada orang jawab semua diam je" sekali kena perli ngan ustaz hahah..
"kami semua makan maidah rahman je ust.jemput la datang kat masjid ke hadiqoh(taman) ke heheh"
haha..ust sambung ketawa..


-peace-

link tutorial:

24.8.10

kuatkan lagi!



aku mahu kuat menahan!
 

Followers